Kewangan
Arkib Blog
Khamis, 7 Februari 2013
Kewangan: Terima Kasih Kerajaan Malaysia
Kewangan: Terima Kasih Kerajaan Malaysia: Assalamualaikom Dan Salam Sejahtera, P emberian BR1M kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM3,000.00 adalah amat diharga...
Terima Kasih Kerajaan Malaysia
Assalamualaikom Dan Salam Sejahtera,
Pemberian BR1M kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM3,000.00 adalah amat dihargai, terutama diawal awal tahun dimana persekolahan telah bermula, disitulah banyak keluarga yang mengeloh untuk membiayai pakaian sekolah dan buku buku sekolah anak anak. Ditambah lagi dengan bil bil air & elektrik , bil cukai pintu & cukai tanah terpaksa dibayar.
Bagi golongan yang bijak merancang kewangan mereka tentunya dapat mengatasi masalah diawal tahun ini kerana mereka telah merancang keperluan kewangan mereka lebih awal awal lagi bagi memenuhi kerluan kewangan untuk anak anak sekolah mereka termasuk bil bil yang mereka harus langsaikan.
Pemberian BR1M sebanyak RM500.00 untuk sebuah keluarga bukanlah banyak sangat tetapi sekurang kurang dapat melegakan beban kewangan mereka dan gunakan dengan bijak semoga masalah kewangan yang dihadapi pada awal tahun dapat diatasi dan berterima kasihlah kepada kerajaan Barisan Nasional. yang telah pun menunaikan janjinya kepada rakyat Malaysia . Terima Kasih BN!
Bagi golongan warga emas pula, kemungkinan mereka boleh mengunakan wang tersebut untuk membayai perubatan mereka supaya kesihatan sentiasa terjaga. Bagi golongan belia pula yang berumur 21 tahun keatas mereka pun layak menerima RM 250.00.Gunakanlah wang tersebut secara bijak dan jangan anggap sebagai durian runtuh. Gunakan untuk keperluan sahaja, atau pun buat simpanan peribadi.
Bagi golongan Tiong Hua pula, bagi mereka yang layak menerima BR1M , merupakan AngPau dari kerajaan Malaysia. Mereka boleh gunakan untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan lebih meriah......Kong Xi Fatt Chai.

Sabtu, 19 Januari 2013
Kewangan Dan Kesihatan
Assalamualaikom Dan Salam Sejahtera,
Mempunyai simpanan wang yang banyak tetapi mempunyai masalah kesihatan itu boleh dikatakan tidak sempurna hidup seseorang. Apabila mempunyai kesihatan yang sempurna tetapi tidak mempunyai wang , itu pun dikategorikan sebagai tidak sempurna hidup malah lebih dasyat lagi dari yang disebutkan di atas,apabila ditimpa sesuatu musibah
Apabila membuat perancangan kewangan , terutamanya golongan pertengahan umur dan mereka yang sudah hampir hendak bersara jangan abaikan peruntukan kewangan kita dalam perubatan. Terutama kepada mereka yang menjadi ketua dalam keluarga dan merupakan pencari nafkah utama untuk keluarga. Jangan terlalu sibuk berkerja mencari duit siang dan malam, sehingga melupakan kesihatan badan
Kepada golongan yang mempunyai lebihan wang , kemungkinan mereka boleh mencarum didalam insuran perubatan & kemalangan mengikut kesesuaian mereka, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
Bagi golongan yang berkemungkinan cukup cukup makan sahaja, mereka boleh gunakan caruman Perkeso, apabila ditimpa kemalangan , atau pun insuran berkelompok yang dicarumkan olih majikan sekiranya ada.
Bajet bulanan yang dibuat seharusnya diperuntukan sebagian kecil untuk perubatan , terutamanya membeli suplement atau makanan tambahan untuk kesihatan, terutamanya golongan yang yang sudah berumur empat pulohan keatas. Disamping itu, golongan ini harus mengubah cara hidup mereka dengan melakukan aktiviti senaman samaada berjogging atau ke gym, atau membuat riyadah yang bersesuaian Dinasihatkan juga kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan , kerap berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat semoga masalah kesihatan kita dapat diatasi dengan segera..
Pada pendapat saya kedua dua perkara di atas sama penting untuk diambil berat , semoga ianya dapat berjalan seiringan dalam mencari kesejahteraan kewangan dan kesejahteraan kesihatan demi masa depan.
Sekian.
*********************************************************************************

Khamis, 10 Januari 2013
Perbankan Islam
Assalamualaikom Dan Selamat Sejahtera,
Entry pertama saya pada tahun 2013, nak bercerita tentang Perbankan Islam Di Malaysia. Mengikut definasi kamus Wikipedia, Perbankan Islam bermaksud urusan pengurusan wang yang berdasarkan syariat Islam. Ianya sama dengan perbankan konventional tetapi segala operasinya berlandaskan prinsip Syariah yang dikenali sebagai Fiqh-al Muaamalat (peraturan peraturan Islam dalam urusniaga). Prinsipnya perkongsian untung dan rugi dan larangan riba(faedah).
Konsep konsep yang dipakai didalam Perbankan Islam Di Malaysia :-
Perkongsian untung (Mudarabah)
Simpanan (Wadiah)
Usahama (Musyarakah)
Kos tokok (Murabah)
Sewaan (ijerah)
Malaysia yang terdiri dari berbagai bangsa dan rakyat dapat menerima pruduk Perbankan Islam ini dengan senang hati kerana segala urusan berbentuk win win situation.Malah produk Perbankan Islam ini telah di iktiraf di seluroh dunia. Baru baru ini Majalah berpengaruh The Economist telah iktiraf Malaysia kerana keupayaan Malaysia mengekalkan perananya sebagai peneraju penerbitan sukuk atau bon Islam pada peringkat global.
Menurut kata The Economist lagi, salah satu faktor keunggulan Malaysia sebagai peneraju penerbitan sukuk global ialah, Malaysia memiliki Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam(IFSB) merupakan badan mengawasi spesifikasi standard urus niaga kewangan Islam Antarabangsa.Meski pun negara rantau Teluk dan Arab Saudi yang jauh lebih kaya yang mempunyai institusi perbankan Islam yang lebih besar, Namun Malaysia (dilihat) adalah pusat peneraju pemikiran dalam kewangan Islam.Ditambah lagi peranan Bank Negara Malaysia yang menjadi tunjang utama dalam menyokong kewangan Islam.
Sebagai umat Islam dinegara ini, segala urusan kewangan yang buat akan lebih berasa yakin dan tidak berasa was was kerana kebanyakan produk yang ditawarkan adalah berbentuk patuh Syariah, dan semoga segala urusan yang melibatkan kewangan lebih dirahmati olih Allhah s.w.b
Sekian......

Isnin, 31 Disember 2012
Kewangan: Kewangan Dan Saya
Kewangan: Kewangan Dan Saya: Assalamualaikom Dan Selamat Sejahtera Selamat Menyambut Tahun 2013 kepada peminat peminat blog, sanak saudara dan kawan kawan yang mengkut...
Kewangan Dan Saya
Assalamualaikom Dan Selamat Sejahtera
Selamat Menyambut Tahun 2013 kepada peminat peminat blog, sanak saudara dan kawan kawan yang mengkuti perkembangan blog saya ini. Semasa menulis entri ini hanya tinggal beberapa jam lagi untuk melangkah ketahun 2013 dan selamat tinggal 2012 .
Sepert biasa apabila muncul tahun baru je kebanyakkannya mula menanam azam baru "goal setting" untuk masa hadapan. Ini merupakan perancangan masa depan , selalunya dilakukan untuk jangka masa setahun sahaja. Apa yang telah berlalu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pencapaiannya.
Bagi diri saya, selalunya sebelum tahun baru menjelma saya akan menoleh kebelakang apakah pencapaian yang saya telah lakukan ditahun tersebut terutamanya perkara mengenai $$$.....Selalunya apa yang saya azamkan memang susah untuk dicapai dalam masa setahun. Banyak perkara perkara yang diluar dugaan akan berlaku. Memang kita boleh merancang tetapi semua itu ditentukan olih Allah Yang Maha Agung.
Bagi tahun 2013 pula , saya akan meneruskan perancangan saya pada tahun 2012, iaitu memantapkan lagi wang dalam tabung kecemasan . Sememangnya tabung kecemasan ini amat perlu diwujudkan semoga segala apa yang berlaku diluar dugaan akan dapat diatasi , seperti sakit yang berpanjangan, dibuang kerja olih majikan disebabkan kegawatan ekonomi dan ada bermacam macam lagi, rasanya tak perlu untuk disebutkan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Sekurang kurang kita harus menyimpan duit didalam tabung kecemasan ini sebanyak 6 bulan gaji, seperti yang disarankan olih perancang kewangan.
Apabila kita mempunyai tabung kecemasan , perancangan kewangan kita akan berjalan lancar tanpa ada gangguan dan seterusnya kita akan mencapai matlamat kita, dan meneruskan kehidupan kita dimasa hadapan dengan lebih sempurna.
Pada saya apa yang berlaku pada 2012 ini, yang baik dijadikan tauladan dan apa yang kurang baik dijadikan pelajaran, semoga ditahun tahun akan akan lebih bersedia.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.

Ahad, 9 Disember 2012
Kewangan: Persaraan
Kewangan: Persaraan: Assalamualaikom, P ersaraan bermaksud tamat tempoh perkhidmatan seorang pekerja yang sudah mencapai usia 55 tahun dan kini ha...
Langgan:
Catatan (Atom)