Assalamualaikom Dan Selamat Sejahtera
Selamat Menyambut Tahun 2013 kepada peminat peminat blog, sanak saudara dan kawan kawan yang mengkuti perkembangan blog saya ini. Semasa menulis entri ini hanya tinggal beberapa jam lagi untuk melangkah ketahun 2013 dan selamat tinggal 2012 .
Sepert biasa apabila muncul tahun baru je kebanyakkannya mula menanam azam baru "goal setting" untuk masa hadapan. Ini merupakan perancangan masa depan , selalunya dilakukan untuk jangka masa setahun sahaja. Apa yang telah berlalu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pencapaiannya.
Bagi diri saya, selalunya sebelum tahun baru menjelma saya akan menoleh kebelakang apakah pencapaian yang saya telah lakukan ditahun tersebut terutamanya perkara mengenai $$$.....Selalunya apa yang saya azamkan memang susah untuk dicapai dalam masa setahun. Banyak perkara perkara yang diluar dugaan akan berlaku. Memang kita boleh merancang tetapi semua itu ditentukan olih Allah Yang Maha Agung.
Bagi tahun 2013 pula , saya akan meneruskan perancangan saya pada tahun 2012, iaitu memantapkan lagi wang dalam tabung kecemasan . Sememangnya tabung kecemasan ini amat perlu diwujudkan semoga segala apa yang berlaku diluar dugaan akan dapat diatasi , seperti sakit yang berpanjangan, dibuang kerja olih majikan disebabkan kegawatan ekonomi dan ada bermacam macam lagi, rasanya tak perlu untuk disebutkan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Sekurang kurang kita harus menyimpan duit didalam tabung kecemasan ini sebanyak 6 bulan gaji, seperti yang disarankan olih perancang kewangan.
Apabila kita mempunyai tabung kecemasan , perancangan kewangan kita akan berjalan lancar tanpa ada gangguan dan seterusnya kita akan mencapai matlamat kita, dan meneruskan kehidupan kita dimasa hadapan dengan lebih sempurna.
Pada saya apa yang berlaku pada 2012 ini, yang baik dijadikan tauladan dan apa yang kurang baik dijadikan pelajaran, semoga ditahun tahun akan akan lebih bersedia.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan