Arkib Blog

Memaparkan catatan dengan label depositduit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label depositduit. Papar semua catatan

Isnin, 31 Disember 2012

Kewangan Dan Saya

Assalamualaikom Dan Selamat Sejahtera

Selamat Menyambut Tahun 2013 kepada peminat peminat blog, sanak saudara dan kawan kawan yang mengkuti perkembangan blog saya ini. Semasa menulis entri ini hanya tinggal beberapa jam lagi untuk melangkah ketahun 2013 dan selamat tinggal 2012 .

Sepert biasa apabila muncul tahun baru je kebanyakkannya mula menanam azam baru "goal setting" untuk masa hadapan.  Ini merupakan perancangan masa depan , selalunya dilakukan untuk jangka masa setahun sahaja. Apa yang telah berlalu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pencapaiannya.
Bagi diri saya, selalunya sebelum tahun baru menjelma saya akan menoleh kebelakang apakah pencapaian yang saya telah lakukan ditahun tersebut  terutamanya perkara mengenai $$$.....Selalunya apa yang saya azamkan memang susah untuk dicapai dalam masa setahun. Banyak perkara perkara yang diluar dugaan akan berlaku. Memang kita boleh merancang tetapi semua itu ditentukan olih Allah Yang Maha Agung.

Bagi tahun 2013 pula , saya akan meneruskan perancangan saya pada tahun 2012, iaitu memantapkan lagi wang dalam tabung kecemasan . Sememangnya tabung kecemasan ini amat perlu diwujudkan semoga  segala apa yang berlaku diluar dugaan akan dapat diatasi , seperti sakit yang berpanjangan, dibuang kerja olih majikan disebabkan kegawatan ekonomi dan ada bermacam macam lagi, rasanya tak perlu untuk disebutkan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Sekurang kurang  kita harus menyimpan duit didalam tabung kecemasan ini sebanyak 6 bulan gaji, seperti yang disarankan olih perancang kewangan.

Apabila kita mempunyai tabung kecemasan , perancangan kewangan kita akan berjalan lancar tanpa ada gangguan dan seterusnya kita akan mencapai matlamat kita, dan meneruskan kehidupan kita dimasa hadapan dengan lebih sempurna.

Pada saya apa yang berlaku pada 2012 ini, yang  baik dijadikan tauladan dan apa yang kurang baik dijadikan pelajaran, semoga ditahun tahun akan akan lebih bersedia.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.




Jumaat, 2 November 2012

Menabung DiPeringkat Awal Usia

Assalamualaikom Dan Salam Sejahtera

Menabung bermaksud deposit, menyimpan yang selalunya berkaitan dengan wang. Aktiviti menabung dilakukan di bank  bank perdagangan, bank komuniti dan di pejabat pos dan di institusi kewangan.

Untuk mewujudkan budaya menabung seharusnya di praktikan di kalangan kanak kanak . Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjayakan budaya menabung terhadap anak anak mereka . Seharusnya ibu bapa menyediakan buku simpanan anak anak mereka sewaktu masih bayi lagi.

Waktu yang sesuai diterapkan budaya menabung kepada anak anak sewaktu masa mula persekolahan, yang melibatkan perbelanjaan harian anak anak kita.Galakan mereka membuat  budget sendiri, wang saku yang di berikan untuk persekolahan. Sediakan tabung syiling untuk menyimpan dan berikan anak anak ini insentif dalam bentuk kewangan sebagai tambahan hasil dari simpanan duit mereka setiap bulan. Dengan teknik ini sedikit sebanyak dapat memupuk semangat sayangkan duit dengan cara menabung.

Setiap kali membuat urusan pendeposit wang di bank,kalau boleh bawa anak anak bersama, supaya mereka  akan lebih faham mengenai sistem menabung dan sistem pengurusan wang mereka.

Di peringkat sekolah, guru guru harus memainkan peranan yang penting mengenai budaya menabung kepada murid murid sekolah. Adakan subjek pengurusan wang dalam mata pelajaran ada penting  supaya anak anak murid ini lebih memahami akan kepentingan wang dalam kehidupan seharian.


Bak kata perumpamaan , melontar buloh biar dari rebungnya. Begitulah juga untuk mempraktikan budaya menabung atau menyimpan ini haruslah di lakukan di peringkat awal usia lagi supaya  apabila wujudnya budaya ini rakyat mempunyai ekonomi yang mantap dan  menuju kearah kebebasan kewangan.

Dari meja penulis Mohd.Ariff Markom.

*********************************************************************************