Arkib Blog

Jumaat, 2 November 2012

Menabung DiPeringkat Awal Usia

Assalamualaikom Dan Salam Sejahtera

Menabung bermaksud deposit, menyimpan yang selalunya berkaitan dengan wang. Aktiviti menabung dilakukan di bank  bank perdagangan, bank komuniti dan di pejabat pos dan di institusi kewangan.

Untuk mewujudkan budaya menabung seharusnya di praktikan di kalangan kanak kanak . Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjayakan budaya menabung terhadap anak anak mereka . Seharusnya ibu bapa menyediakan buku simpanan anak anak mereka sewaktu masih bayi lagi.

Waktu yang sesuai diterapkan budaya menabung kepada anak anak sewaktu masa mula persekolahan, yang melibatkan perbelanjaan harian anak anak kita.Galakan mereka membuat  budget sendiri, wang saku yang di berikan untuk persekolahan. Sediakan tabung syiling untuk menyimpan dan berikan anak anak ini insentif dalam bentuk kewangan sebagai tambahan hasil dari simpanan duit mereka setiap bulan. Dengan teknik ini sedikit sebanyak dapat memupuk semangat sayangkan duit dengan cara menabung.

Setiap kali membuat urusan pendeposit wang di bank,kalau boleh bawa anak anak bersama, supaya mereka  akan lebih faham mengenai sistem menabung dan sistem pengurusan wang mereka.

Di peringkat sekolah, guru guru harus memainkan peranan yang penting mengenai budaya menabung kepada murid murid sekolah. Adakan subjek pengurusan wang dalam mata pelajaran ada penting  supaya anak anak murid ini lebih memahami akan kepentingan wang dalam kehidupan seharian.


Bak kata perumpamaan , melontar buloh biar dari rebungnya. Begitulah juga untuk mempraktikan budaya menabung atau menyimpan ini haruslah di lakukan di peringkat awal usia lagi supaya  apabila wujudnya budaya ini rakyat mempunyai ekonomi yang mantap dan  menuju kearah kebebasan kewangan.

Dari meja penulis Mohd.Ariff Markom.

*********************************************************************************






Tiada ulasan:

Catat Ulasan