![]() |
Bersabar,Tekun & Berdisplin |
Assalamualiakom Dan Salam Sejahtera,
Kesejahteraan kewangan atau bebas kewangan bermaksud pendapatan bersih melebihi daripada hutang. Ada pula yang mengatakan apabila duit anda bekerja untuk anda siang dan malam , 24 jam sehari dan masa anda lebih banyak di tumpukan kepada keluarga, maka anda berada dalam kelompok kesejahteraan kewangan.
Di sini saya akan terangkan 10 langkah terpenting yang harus di beri tumpuan untuk menuju ke arah kesejahteraan kewangan.
Langkah Pertaman: Mengenali Diri Kita
Mengenali diri kita sendiri apabila berurusan dengan duit. Pernahkah anda mengalami masalah seperti duit gaji yang di terima, tidak pernah mencukupi untuk perbelanjaan sebulan. Anda akan bertanya diri anda dimanakah duit ini dibelanjakan? Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah berani menghadapi kesalahan anda, bersemuka dengan masaalah kedudukan kewangan yang di hadapi. Ubah cara pemikiran anda dan ubah perangai atau attitude untuk mengatasi kesilapan pentadbiran kewangan.
Langkah kedua: Kenali Kedudukan Wang Anda
Sebelum membuat perancangan kewangan, anda perlu memahami kedudukan kewangan semasa anda.Anda boleh buat pengiraan anda di http://www.akpk.org.my/aplikasi/kalkulator?cal=content_4. Seandainya nilai harta bersih anda didapati positif bermaksud anda mempunyai nilai harta bersih daripada hutang dan anda bebas dari masaalah kewangan. Apabila hutang melebehi apa yang dimiliki nilai harta bersih anda, bermakna anda berada dalam keadaan negatif.
Apabila anda berada di dalam situasi sebegini, apa yang harus anda buat ialah dengan menambah kan tabungan (saving), kurangkan perbelanjaan yang kurang mustahak, kurangkan hutang dan menjual aset bersih yang tidak mendatangkan hasil. Anda di galakkan mengkaji laporan kredit yang boleh di perolehi di Bank Negara untuk mendapat gambaran sebenar hutang anda.
Langkah ketiga: Catatkan Perbelanjaan Anda
Anda seharusnya mecatatkan perbelanjaan anda supaya anda dapat mengesan aliran wang. Buat catatan di buku catatan anda setiap hari kerana ianya sangat penting untuk menyediakan bajet peribadi anda. Secara am nya perbelanjaan boleh di bahagi kepada perbelanjaan tetap dan perbelanjaan boleh berubah.
Langkah keempat: Menetapkan Matlamat Kewangan Anda
Dikategorikan kepada 3 bahagian. i)matlamat jangka pendek ii) matlmat jangka sederhana umpamanya perlukan masa 1-3 tahun untuk mencapainya contoh seperti membayar deposit rumah pertama sebanyak RM20,000. iii) matlamat jangka panjang yang memerlukan masa melebihi 3 tahun untuk mencapainya. Melibatkan jumlah yang banyak seperti pelan persaraan peribadi.
Selepas mencatatkan matlamat anda, bezakan matlamat tersebut sama ada keperluan atau kehendak.
Langkah Kelima: Buat Bajet Sebelum Perbelanjaan
Bajet adalah anggaran yang di buat pada awal bulan dan dibandingkan dengan aliran tunai sebenar pada akhir bulan. Bajet dapat membantu anda untuk mencapai matlamat jika berdisplin dalam mematuhi bajet anda.
Untuk menyediakan bajet yang terurus, haruslah mempunyai ciri ciri seperti bersabar dan berdisiplin, bersikap realistik dan bersikap fleksible.
Langkah Keenam: Simpan Sebelum Belanja
Masa mendapat gaji bulanan, adakah anda menjelaskan hutang atau menyimpan dahulu? Disarankan supaya menyimpan dahulu. Peruntukan 10% daripada gaji bulan untuk disimpan, kemudian gunakan duit selebihnya untuk membayar hutang bulanan dan selebihnya berbelanja apa yang ada. Jika anda mempunyai lebih duit, anda boleh buat pelaburan untuk mendapat pulangan yang tinggi.
Langkah Ketujuh: Bersedia Untuk Situasi Kecemasan
Sediakan tabung kecemasan untuk tempoh enam bulan gaji supaya dapat memberi masa seperti mencari kerja baru atau pun pulih dari kecerderaan. Malang tidak berbau , seperti pembuangan pekerja kerana kegawatan ekonomi dunia, kecerderaan yang ambil masa yang lama untuk pulih, maka anda harus menyediakan tabung kecemasan ini.
Langkah Kelapan: Menyelesaikan Hutang
Tumpukan kepada membayar balik hutang dengan baki terkecil pertama. Kaedah ini sangat memuaskan kerana dapat dilihat kemajuan dengan cepat.
Menumpukan kepada membayar balik hutang dengan kadar faedah tinggi. Kaedah ini dikatakan amat menjimatkan.
Langkah Kesembilan: Mengurangkan Perbelanjaan Anda
Untuk meningkatkan simpanan anda, disarankan mencari jalan mengkurangkan perbelanjaan.Terdapat beberapa cara membantu anda dalam mengurangkan perbelanjaan atau berbelanja secara berhemah.
Langkah Kesepuloh: Merancang Untuk Persaraan
Adalah lebih baik untuk merancang persaraan pada masa anda mula bekerja . Amat baik sekali memupuk tabiat menyimpan pada usia muda. Tidak hanya mengharapkan simpanan
KWSP atau pencen kerana di takuti simpanan anda tidak mencukupi untuk menampung gaya hidup yang selesa ketika bersara. Kadar inflasi juga patut diambil kira dalam merancang persaraan anda.
Diharap segala petunjuk yang diberikan sedikit sebanyak dapat di praktikan demi mencapai matlamat kesejahteraan kewangan para pembaca budiman.
Dari meja penulis Mohd.ariff
Tiada ulasan:
Catat Ulasan