Menabung bermaksud deposit, menyimpan yang selalunya berkaitan dengan wang. Aktiviti menabung dilakukan di bank bank perdagangan, bank komuniti dan di pejabat pos dan di institusi kewangan.
Untuk mewujudkan budaya menabung seharusnya di praktikan di kalangan kanak kanak . Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjayakan budaya menabung terhadap anak anak mereka . Seharusnya ibu bapa menyediakan buku simpanan anak anak mereka sewaktu masih bayi lagi.
Waktu yang sesuai diterapkan budaya menabung kepada anak anak sewaktu masa mula persekolahan, yang melibatkan perbelanjaan harian anak anak kita.Galakan mereka membuat budget sendiri, wang saku yang di berikan untuk persekolahan. Sediakan tabung syiling untuk menyimpan dan berikan anak anak ini insentif dalam bentuk kewangan sebagai tambahan hasil dari simpanan duit mereka setiap bulan. Dengan teknik ini sedikit sebanyak dapat memupuk semangat sayangkan duit dengan cara menabung.
Setiap kali membuat urusan pendeposit wang di bank,kalau boleh bawa anak anak bersama, supaya mereka akan lebih faham mengenai sistem menabung dan sistem pengurusan wang mereka.
Di peringkat sekolah, guru guru harus memainkan peranan yang penting mengenai budaya menabung kepada murid murid sekolah. Adakan subjek pengurusan wang dalam mata pelajaran ada penting supaya anak anak murid ini lebih memahami akan kepentingan wang dalam kehidupan seharian.
Dari meja penulis Mohd.Ariff Markom.
*********************************************************************************