Arkib Blog

Memaparkan catatan dengan label Islamicbanking. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islamicbanking. Papar semua catatan

Khamis, 10 Januari 2013

Perbankan Islam

Assalamualaikom Dan Selamat Sejahtera,

Entry pertama saya pada tahun 2013, nak bercerita  tentang Perbankan Islam Di Malaysia. Mengikut definasi kamus Wikipedia, Perbankan Islam bermaksud urusan pengurusan wang yang berdasarkan syariat Islam. Ianya sama dengan perbankan konventional tetapi segala operasinya berlandaskan prinsip Syariah yang dikenali sebagai Fiqh-al Muaamalat (peraturan peraturan Islam dalam urusniaga). Prinsipnya perkongsian untung dan rugi dan larangan riba(faedah).

Konsep konsep yang dipakai didalam Perbankan Islam Di Malaysia :-
Perkongsian untung (Mudarabah)
Simpanan (Wadiah)
Usahama (Musyarakah)
Kos tokok (Murabah)
Sewaan (ijerah)

Malaysia yang terdiri dari berbagai bangsa dan rakyat dapat menerima pruduk Perbankan Islam ini dengan senang hati kerana segala urusan berbentuk win win situation.Malah produk Perbankan Islam ini telah di iktiraf di seluroh dunia. Baru baru ini Majalah berpengaruh The Economist telah iktiraf Malaysia kerana keupayaan Malaysia mengekalkan perananya sebagai peneraju penerbitan sukuk atau bon Islam pada peringkat global.

Menurut kata The Economist lagi, salah satu faktor keunggulan Malaysia sebagai peneraju penerbitan sukuk global ialah, Malaysia memiliki Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam(IFSB) merupakan  badan mengawasi spesifikasi standard urus niaga kewangan Islam Antarabangsa.Meski pun negara rantau Teluk  dan Arab Saudi yang jauh lebih kaya yang mempunyai institusi perbankan Islam yang lebih besar, Namun Malaysia (dilihat) adalah pusat peneraju pemikiran dalam kewangan Islam.Ditambah lagi peranan Bank Negara Malaysia yang menjadi tunjang utama dalam menyokong kewangan Islam.

Sebagai umat Islam dinegara ini, segala urusan kewangan yang buat akan lebih  berasa yakin dan tidak berasa was was kerana kebanyakan produk yang ditawarkan adalah berbentuk patuh Syariah, dan semoga segala urusan yang melibatkan kewangan lebih dirahmati olih Allhah s.w.b

Sekian......