Arkib Blog

Sabtu, 19 Januari 2013

Kewangan Dan Kesihatan

Assalamualaikom Dan Salam Sejahtera,

Mempunyai simpanan wang yang banyak tetapi mempunyai masalah kesihatan itu boleh dikatakan tidak sempurna hidup seseorang. Apabila mempunyai kesihatan yang sempurna tetapi tidak mempunyai wang , itu pun dikategorikan sebagai tidak sempurna hidup malah lebih dasyat lagi dari yang disebutkan di atas,apabila ditimpa sesuatu musibah

Apabila membuat perancangan kewangan , terutamanya golongan pertengahan umur dan mereka yang sudah hampir hendak bersara jangan abaikan peruntukan kewangan kita dalam perubatan. Terutama kepada mereka yang menjadi ketua dalam keluarga dan merupakan pencari nafkah utama untuk keluarga. Jangan terlalu sibuk berkerja mencari duit siang dan malam, sehingga melupakan kesihatan badan

Kepada golongan yang mempunyai lebihan wang , kemungkinan mereka boleh mencarum didalam insuran perubatan & kemalangan mengikut kesesuaian mereka, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
Bagi golongan yang berkemungkinan  cukup cukup  makan sahaja, mereka boleh gunakan caruman Perkeso, apabila ditimpa kemalangan , atau pun insuran berkelompok yang dicarumkan olih majikan sekiranya ada.

Bajet bulanan yang dibuat seharusnya diperuntukan sebagian kecil untuk perubatan , terutamanya membeli suplement atau makanan tambahan untuk kesihatan, terutamanya golongan yang yang sudah berumur empat pulohan keatas. Disamping itu, golongan ini harus mengubah cara hidup mereka dengan melakukan aktiviti senaman samaada berjogging atau ke gym, atau membuat riyadah yang bersesuaian Dinasihatkan juga kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan , kerap berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat semoga masalah kesihatan kita dapat diatasi dengan segera..

Pada pendapat saya kedua dua perkara di atas sama penting  untuk diambil berat , semoga ianya dapat berjalan seiringan dalam mencari kesejahteraan kewangan  dan kesejahteraan kesihatan demi masa depan.

Sekian.

*********************************************************************************





Tiada ulasan:

Catat Ulasan