
Assalamualaikom,
Persaraan bermaksud tamat tempoh perkhidmatan seorang pekerja yang sudah mencapai usia 55 tahun dan kini had umur persaraan telah dilanjutkan ke 60 tahun. Ini adalah pilihan yang diberi kepada pekerja pekerja sama ada mereka masih memerlukan pekerjaan atau sebaliknya.Faktor kesihatan dan kewangan akan mempengaruhi seseorang pekerja membuat pilihan mereka sendiri.
Sebelum membuat keputusan bersara, seharusnya seseorang itu mempunyai simpanan wang yang lebih awal,tetapkan matlamat persaraan sebelum mencapai usia persaraan.Lebih awal menyimpan maka lebih banyak masa dan wang akan bertambah. Buat dan patuhi perancangan persaraan anda.
Mengikut kajian purata jangka hayat rakyat Malaysia mencapai usia sehingga 73 tahun. pastikan keperluan anda akan meliputi jangkaan usia tersebut, walaupun jangka usia anda lebih panjang daripada yang dijangkakan.
Wujudkan tabung kecemasan untuk keluarga anda. Ini bertujuan supaya wang yang ada di tabung ini
dapat digunakan jika berlaku sesuatu yang diluar dugaan anda. Tujuannya supaya wang persaraan anda tidak terjejas.
Elakan daripada melabur wang persaraan anda yang mempunyai risiko yang tinggi, sebaliknya melaburlah ditabung amanah yang mempunyai risiko yang rendah.
Anda juga perlu merancang untuk menghadapi kerugian bukan pasaran yang disebabkan oleh faktor kesihatan keperluan jangka panjang.
Tetapkan kadar pengeluaran tahunan wang persaraan anda. Ini merupakan perkara penting dalam perancangan kewangan persaraan. Berhati hati agar tidak mengeluarkan peratusan yang sama dengan anggaran pulangan pelaburan.
Apabila anda mendapat gaji bulanan, pastikan anda menyimpan ditabung persaraan anda sebelum wang tersebut digunakan untuk perbelanjaan yang lain.
Fikirkan juga berpindah ke rumah yang lebih kecil sekiranya anak anak tidak tinggal bersama. Lebihan wang penjualan rumah lama boleh disimpan atau digunakan untuk perbelanjaan yang lain.
Sekiranya anda bercadang untuk bekerja selepas bersara di tempat lain, pastikan anda membuat hubungan dan mencari peluang ketika masih kerja.
Cuba tingkatkan pengetahuan anda tetang pelaburan contoh pelaburan emas. Ini dapat membantu anda meningkatkan pendapatan anda selepas bersara.
Amalkan cara hidup yang sihat dan membuat aktiviti berguna supaya tubuh badan akan sentiasa sihat.Sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos perubatan yang tinggi apabila anda tua nanti.
Kesimpulannya bolehlah dikatakan perancangan kewangan persaraan haruslah dirancang di peringkat awal pekerjaan lagi, supaya apabila tiba waktu persaraan nanti kita dapat hidup dengan senang hati.
Dari meja penulis: Mohd.Ariff markom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan