Arkib Blog

Rabu, 14 November 2012

Diet CaraRasulullah (s.a.w.)

Assalamualaikum warahmatullah!

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434bersamaan 2012M. Sudahkah anda menanamkan azam  baru  sempena menyambut Maal Hijrah 1434. Kali ini saya ingin bercerita diluar tajuk , mengenai kesihatan, iatu mengenai diet.


Diet adalah amalan pemakanan yang diamalkan oleh seseorang demi menjaga kesihatan 
badan.Ramai yang berdiet demi untuk menjaga kesihatan badan dan hendak mempunyai badan yang cantik. Ada yang sanggup berbelanja beribu ringgit demi menjaga kesihatan badan. Terdapat diet yang menyiksakan, sukar untuk diamalkan sehingga ada yang mendatangkan mudarat terhadap pengamalnya.




Di sini saya ingin berkongsi ilmu dengan pembaca berkenaan dengan diet yang diamalkan oleh  Rasulullah (s.a.w.) Dikatakan bahawa Rasullah tidak pernah mengalami sakit perut sepanjang hayatnya kerana baginda sangat pandai jaga pemakaanan seharian.

Apa kata kita ikut diet ini dan tidak perlu bersusah payah makan pil  untuk menjaga badan! Insya-Allah kalau pembaca mengikuti diet Rasulullah ini berbahagialah anda.

1. Jangan makan SUSU + DAGING

2. Jangan makan DAGING + IKAN

3. Jangan makan IKAN + SUSU

4. Jangan makan AYAM + SUSU

5. Jangan makan IKAN + TELUR


6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

7. Jangan makan SUSU + CUKA


8. Jangan makan BUAH + SUSU contoh koktail, jangan makan buah buahan selepas makan nasi, sebaliknya makan buah buahan terlebih dahulu sebelum makan.

9. Tidur satu jam selepas makan tengah hari.

10.Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Nampak diet ini memang pelik...tetapi anda perlu mencubanya dan amat berkesan apabila sudah mencapai usia tua nanti

Wallahhualam..

Mohd.Ariff Markom.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan