Arkib Blog

Isnin, 12 November 2012

Berjimat Membawa Berkat

Assalammualaikom,

Kali ini saya hendak bercerita pula tentang tajuk di atas Berjimat Membawa Berkat. Seharusnya dijadikan amalan hidup kita semasa berbelanja mengikut keperluan diri sendiri dan bukannya di pengaruhi oleh kemahuan dangan mengambil kira kedudukan kewangan diri, lebih senang dikatakan menjadi pengguna berhemat.
Memandangkan kepada ekononomi global yang tidak menentu, harga barang barang keperluan yang semakin hari melambung naik, digalakan mengikut peraturan seperti di bawah , semoga kita dapat mengurangkan perbelanjaan harian dan duit lebihan dijadikan tabungan untuk persediaan di masa hadapan.

1. Sebelum kita  pergi membeli belah,sediakan senarai barang barang keperluan yang ingin dibeli dan patuhi senai barang tersebut.

2. Elakkan dari kita dari terpengaruh dengan gimik iklan dan dari juru jual. Kalau boleh kita berikan alasan dengan mengatakan kita perlu balik dan fikirkan.

3. Membeli sesuatu barang mengikut gerak hati akan memyebabkan kita akhirnya berbelanja lebih dan  melakukan pembaziran. Ingat! pembaziran bukan amalan Islam.

4. Gunakan barang barang genarik atau jenama barang pasaraya pasaraya besar. Sebenar kita dapat mengkurangkan kos perbelanjaan diantara 15% - 40%. Digalakan berbuat demikian kerana barang barang generik tidak banyak bezanya dari barang barang yang berjenama.

5. Membandingkan harga barang barang yang sama di tempat membeli belah yang berlainan, sangat di galakan.Pastikan kuantiti dan beratnya adalah sama supaya kita tidak terpedaya dengan harga yang ditawarkan.

6. Kurangkan perbelanjaan yang mewah dan barang barang yang tidak diperlukan terutamanya melibatkan harga yang tinggi.

Harapan dari saya, semoga marilah kita sama sama membudayakan amalan hidup jimat cermat dan menjadi pengguna berhemat agar mendatangkan kebaikan terhadap diri sendiri dan kita akan lebih bersedia menghadapi masa hadapan yang kita tidak dapat ramalkan.

Dari meja penulis.  Mohd.Ariff

Tiada ulasan:

Catat Ulasan