Assalamualaikom Dan Salam Sejahtera,
Pemberian BR1M kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM3,000.00 adalah amat dihargai, terutama diawal awal tahun dimana persekolahan telah bermula, disitulah banyak keluarga yang mengeloh untuk membiayai pakaian sekolah dan buku buku sekolah anak anak. Ditambah lagi dengan bil bil air & elektrik , bil cukai pintu & cukai tanah terpaksa dibayar.
Bagi golongan yang bijak merancang kewangan mereka tentunya dapat mengatasi masalah diawal tahun ini kerana mereka telah merancang keperluan kewangan mereka lebih awal awal lagi bagi memenuhi kerluan kewangan untuk anak anak sekolah mereka termasuk bil bil yang mereka harus langsaikan.
Pemberian BR1M sebanyak RM500.00 untuk sebuah keluarga bukanlah banyak sangat tetapi sekurang kurang dapat melegakan beban kewangan mereka dan gunakan dengan bijak semoga masalah kewangan yang dihadapi pada awal tahun dapat diatasi dan berterima kasihlah kepada kerajaan Barisan Nasional. yang telah pun menunaikan janjinya kepada rakyat Malaysia . Terima Kasih BN!
Bagi golongan warga emas pula, kemungkinan mereka boleh mengunakan wang tersebut untuk membayai perubatan mereka supaya kesihatan sentiasa terjaga. Bagi golongan belia pula yang berumur 21 tahun keatas mereka pun layak menerima RM 250.00.Gunakanlah wang tersebut secara bijak dan jangan anggap sebagai durian runtuh. Gunakan untuk keperluan sahaja, atau pun buat simpanan peribadi.
Bagi golongan Tiong Hua pula, bagi mereka yang layak menerima BR1M , merupakan AngPau dari kerajaan Malaysia. Mereka boleh gunakan untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan lebih meriah......Kong Xi Fatt Chai.