Arkib Blog

Memaparkan catatan dengan label simpanan-deposit-saving. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label simpanan-deposit-saving. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Disember 2012

Peruntukan 10 peratus Simpanan peribadi

Assalamualaikom,

Sekarang kita telah berada di bulan Disember2012 dan hanya tiga minggu lagi masuklah tahun 2013. Apakah pengalaman hal berkaitan kewangan yang anda hadapi ditahun 2012 ini dan adakah kita hendak mengalaminya sekali lagi ditahun 2013?Jawapannya mungkin tidak dan mungkin yang akan berkata ya. Ini berkemungkinan mereka telah mencipta kejayaan besar dalam perniagaan mereka atau telah  berjaya melaksanakan azam tahun 2012.

Bagi mereka yang kurang berjaya ditahun  ini apa kata kita tanamkan semangat baru ditahun 2013 akan datang dan jadikan pengajaran ditahun tahun yang lalu. Dalam entry kali ini sya suka membincangkan hal kewangan, iatu tabungan  atau pun simpanan. 

Kali ini saya lebih tekankan kepada yang baru masuk alam pekerjaan, dan mendapat skim gaji baru. Sudah tentu mereka lebih bersemangat bekerja kerana mereke mempunyai duit yang lebih. Mereka boleh merancangan pentadbiran kewangan mereka di peringkat awal usia dengan lebih sempurna. Seharusnya bila mendapat  gaji bulanan mereka harus memperuntukkan 10 peratus daripada gaji mereka kedalam akaun simpanan. Katakan RM 1,200.00 gaji, peruntukan simpanan peribadi 10% =RM 120.00 darab dengan 12 bulan bersamaan RM 1,440.00. Buat simpanan dahulu dan selebihnya barulah dibelanjakan untuk keperluan lain. Pastikan kita membuat nya pada tiap tiap bulan dan patuh arahan yang di rancang.

Untuk mereka terus menabung seelok eloknya rancang dahulu apa tujuan kita menabung, munkin untuk membuat pembayaran duit muka kereta , membayar duit muka rumah baru , atau pun merancang untuk berkahwin. Jadikan budaya menyimpan ini sebagai amalan hidup kita , sudah pasti kita tidak menghadapi kusukaran kewangan,dimasa masa akan datang.

Wassalam.