Arkib Blog

Memaparkan catatan dengan label had hutang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label had hutang. Papar semua catatan

Ahad, 9 Disember 2012

Gunakan Hukum 20% untuk Menghadkan Hutang

Assalamualaikom Dan Selamat Sejahtera.

Pada entri kali saya nak bercerita tentang hutang. Boleh dikatakan sebahagian besar manusia akan berhutang untuk keperluan atau pun untuk memenuhi kehendak mereka , termasuk diri saya sendiri. Jika tiada transaksi hutang maka kita tidak dapat mencapai impian dan keperluan , kemungkinan juga berlakunya kebuluran. Institusi institusi kewangan juga tidak dapat mengembangkan perniagaan mereka jika transaksi hutang tidak diadakan.

Hutang ini boleh kita bahagikan kepada 2 , hutang yang mendatangkan kebaikan kepada pemiutang contohnya meminjam sejumlah wang untuk membeli saham amanah, membeli rumah dan sebagainya.yang kurang baik pula contohnya membeli sesuatu yang ada susut nilai dan mendatangkan risiko yang tinggi kepada pemiutang.

Kita boleh berhutang berapa banyak pun asalkan kita mampu membayarnya apabila cukup tempoh membayar.
Jika kita ingin selamat dan tidak mahu terjebak dengan hutang, maka sebelum transaksi hutang dibuat , gunakan Hukum 20% untuk menilai status kewangan kita sama ada kita masih boleh lagi berhutang atau sebaliknya.
Contohnya seperti berikut:1. Katakan gaji anda telah ditolak untuk membayar hutang dan keperluan seharian dan tentukan pendapatan bersih.
2. Pendapatan bersih di darabkan dengan 20% katakan jawapannya A.
3. Tentukan jumlah bayaran bulanan termasuk semua hutang anda  katakan jawapannya B.
4. Sekiranya B melebihi A, maka anda kena kibarkan bendera merah tandanya tiada hutang lagi yang boleh dibuat.
5. Sekiranya  A melebehi B, anda boleh menambahkan hutang anda dengan sayarat, hutang tersebut dapat mendatangkan kebaikan dimasa hedapan. Contohnya meminjam loan untuk menambahkan pelaburan di Unit Amanah Saham.

Adalah digalakkan kepada pembaca semua sebelum membuat sesuatu pinjaman gunakan hukum 20% ini dan jadikanlah diri kita ini celik kewangan, semoga kita berjaya dimasa masa akan datang.

Wallahualam.